Monday 8 December 2014

Susu Ibu Pilihan Terbaik

Hello mommies2 yang gojes! Kebaikan penyusuan ibu pasti sudah sinonim dengan diri anda bukan? Setiap kali nak mengandung dan buat kad pekara pertama yang akan ditanya oleh jururawat ialah... anak yg sebelum ini meyusu ibu sampai berapa bulan?( ini untuk ibu2 yang dah ada anak btingkek2) hihi... kalau jawapan kurang dr 6bulan jawapan nya...bersedialah dengan alasan anda. Bayi yang baru lahir harus menyusu ibu sekurang2nya sampai 6 bulan. Lebih dr itu lagi bagus... untuk yang pertama kali preggy,ceramah penyusuan akan diberikan...

Baiklah, disini saya ingin sharing sedikit tentang penyusuan ibu... baca ya!

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

☆Susu ibu terutama kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi anak anda dari jangkitan kuman seperti cirit birit, selsema, radang paru2,sakit perut dan lelah.

☆ makanan terbaik mengandungi semua zat makanan untuk bayi membesar

☆ mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak

☆ mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

☆ mengurangkan risiok ibu mendapat barah payu dara dan membantu mengecutkan rahim

BERAPA KERAP PENYUSUAN BAYI?

Sebenarnya tiada had masa untuk menyusukan bayi anda... dimana ada supply disitu ada demand... ini penting bagi mengekalkan penghasilan susu serta mengelakkan bengkak buah dada.

Zaman sekarang nie mudah, ibu2 zaman sekarang dapat menggunakan "breastfeeding pump" untuk simpan susu bayi. Mudah kan...

Untuk memastikan susu ibu mencukupi, susui anak secepat mungkin selepas lahir.

TEKNIK PENYUSUAN

☆pastikan anda selesa (duduk atau baring)

☆pegang bayi rapat, keselurahan badan bayi menghadap anda, perut bertemu perut

☆ sentuh puting anda ke mulut bayi. Bayi akan automatik membuka mulutnya

☆ tunggu sehingga bayi membuka mukutnya luas seperti menguap. Bawa bayi anda ke buah dada. Pastikan bayi masukkan sebahagian besar aerola (bahagian coklat sekeliling puting) ke dalam mulutnya.

☆ dagu bayi menyentuh buah dada

☆ kedengaran irama hisapan ( menghisap, berhenti,menghisap)

pahamkan... :-)

CARA MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN

¤ basuh tangan dengan air dan sabun

¤ letakkan ibu jari disebelah atas buah dada berdekatan dengan tepi aerola dan jari yang lain di bawah.

¤ dengan ibu jari tekan ke belakang ke arah dada ,kemudian tekan ibu jari dan jejari serentak.

¤ tekan aerola dari bahagian tepi untuk mengeluarkan susu dari semua bahagian buah dada

**** sekarang ramai ibu2 di luar sana guna breasfeeding pump ...

CARA MENYIMPAN SUSU YANG DIPERAH

Dalam bekas plastik tertutup yang ditanda tarikh perahan. Simpan pada suhu bilik susu boleh disimpan 4-8jam. Dalam ruangan biasa peti sejuk, selama 24-48jam.

CARA MEMBERI SUSU PERAHAN KEPADA ANAK

Rendam bekas susu dalam air panas. Jangan berikan terus pada anak ya...titikan dulu d belakang tangan... kalau rasa  suam2 kuku boleh bagi kepada anak... kang tak pasal2 melecur lidah anak...

SEMOGA ANDA BERJAYA MENYUSU ANAK SEPENUHNYA...


No comments :

Post a Comment