Wednesday 19 March 2014

Jangkitan Saluran Kencing (UTI)



Apakah Jangkitan Saluran kencing (UTI)???

Jangkitan Saluran Kencing (UTI) ialah jangkitan dimana2 bahagian sistem saluran kencing, selalunya disebabkan oleh bakteria. Bakteria biasanya akan masuk melalui uretra dan bergerak ke atas.

menahan kencing boleh meyebabkan bakteria

Tanda-tanda & simptom UTI
1. Kerap membuang air kecil sepanjang hari dan malam

2. Berasa keinginan yang kuat untuk membuang air kecil tetapi hanya beberapa titik yang keluar.
3. Rasa pedih atau sakit semasa membuang air kecil
4. Demam atau mengigil
5. Air kencing yang keruh, bewarna gelap atau berdarah dengan bau yang kuat atau tidak menyenangkan.
6. Sakit di bahagian pinggang , belakang atau rusuk.
7. Loya dan muntah



Jangkitan Saluran Kencing bahagian atas atau bawah

Anda boleh mendapat jangkitan dibahagian bawah (pundi kencing dan uretra) atau atas (buah pinggang dan ureter) saluran kencing. UTI bahagian atas berpotensi menjadi lebih serius berbanding UTI bahagian bawah disebabkan risiko kerosakan buah pinggang.

# petua paling penting untuk mencegah jangkitan saluran kencing, jangkitsn punfi kencing dan jangkitan buah pinggang adalah mengamalkan kebersihan diri. Pilihan gaya hidup sihat turut membantu mencegah UTI seperti memakan makanan yang menggalakan kesihatan saluran kencing, mengambil suplemen kesihatan dan mengelakkan tingkah laku berisiko.



Bagaimana mencegah UTI?


¤ minum sekurang2nya 2-3liter air sehari. Membuang air kecil dengan kerap akan membantu mengeluarkan bakteria.




¤ sertakan daun saderi, parsli dan buah tembikai dalam diet anda. Makanan ini merupakan diuretik semulajadi.
¤ elakkan alkohol,kafein, minuman bergas, coklat, makan diproses dan gula ringkas.
¤ kawasan genatal dan anal hendaklah sentiasa bersih dan kering. Wanita terutamanya harus mengelap dari depan ke belakang selepas membuang air kecil atau besar.
¤ wanita yang sering mengalami UTI patut menggunakan tuala wanita dan bukannya tampon.
¤ buang air kecil sebelum dan selepas bersenam atau hubungan kelamin. Kawasan genital hendaklah dicuci selepas hubungan kelamin.
¤ jangan berlengah untuk membuang air kecil. Pastikan anda membuang air kecil setiap 2 atau 3 jam.
¤ mengambil pengalkali air kencing boleh membantu mengekalkan sistem saluran kencing yang sihat dan mencegah UTI.



No comments :

Post a Comment