Monday 17 March 2014

Tips untuk kurus

Ramai yang ingin kurus...tapi tak tahu caranya...tak kena pada caranya!!! nak kurus bukan bergantung kepada supplemen semata2...semuanya kena datang dengan niat yang TEKAD bukan diet yoyo... diet yoyo bermaksud --->GEMUK, KURUS, KEMBALI GEMUK!!! disini saya sharekan salah satu tips nak kurus. tips ini saya petik daripada harian Metro... moga boleh menjadi panduan kepada anda...

sharing is caring 

Berlari senaman efektif untuk kurus



Apa jua bentuk senaman yang dilakukan, ia memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh. Tidak kiralah menari, mengangkat bebanan di gimnasium, aerobik atau senaman berasaskan seni mempertahankan diri, semuanya dapat membantu menggerakkan otot tubuh dan meningkatkan kecergasan diri.
Namun apabila sasarannya untuk mengurangkan berat badan, sukar untuk menafikan kelebihan aktiviti larian dan kebanyakan wanita berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh singkat apabila mula aktif dalam senaman ini. 
Tambahan pula, berlari satu cara paling berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan kecergasan diri tanpa perlu menyekat diet harian. 

Andai yang sudah memulakannya, teruskan usaha sementara bagi yang masih ragu-ragu untuk melakukannya, satu saranan daripada pakar fisiologi senaman merangkap pensyarah di Fakulti Pusat Sukan Universiti Malaya, Dee Dee Mahmood iaitu pergi membeli-belah.

Membeli kasut sukan baru dilihat dapat mencetuskan hasrat untuk memulakan aktiviti supaya tidak timbul rasa rugi selepas membelinya.

“Kesilapan nombor satu bagi mereka yang baru hendak memulakan aktiviti larian ini ialah tidak menitikberatkan kepentingan kasut sukan yang sesuai dan hanya membeli kasut yang dilihat cantik semata-mata. 

“Apabila kasut mula mencengkam kaki, mereka mulalah berasa berat hati meneruskan larian lalu melupakan saja hasrat untuk bersenam. 

“Ada juga yang merancang untuk mula bersenam dengan aktiviti larian tapi kasut dijadikan perkara kedua,” katanya. 

Seterusnya, memilih laluan larian juga penting kerana ia bakal menentukan sama ada seseorang akan terus berlari atau sebaliknya. 

“Mulakan dulu di sekitar kawasan perumahan. Bukan tidak boleh berlari di kawasan taman popular tapi biarlah impian itu realistik kerana kita perlu tahu dulu keupayaan tubuh. 

“Apabila yakin dengan kemampuan diri, mungkin boleh cuba berlari di taman yang jarak treknya lebih panjang berbanding kawasan perumahan. 

“Lama-kelamaan tubuh akan memberi isyarat bahawa anda sudah bersedia untuk jarak yang lebih jauh dan mungkin sudah mampu menyertai maraton,” jelasnya. 


Selain itu: 

Perlahankan rentak 

Berlari dengan perlahan atau berjalan terlebih dulu amat digalakkan agar tidak memberi kejutan serta tekanan pada tubuh. Pastikan kadar larian dalam tempo sama sekurang-kurangnya tiga bulan bagi membangunkan asas larian. Rehat dan jalan perlahan-lahan apabila diperlukan. 


Ditemani rakan 

Bagi yang sudah biasa, berlari sendirian dirasakan lebih tenang tapi bagi yang baru memulakannya, sebaiknya cari seorang rakan sebagai teman larian. Berlari bersama rakan akan lebih menyemarakkan semangat dan meningkatkan usaha untuk berlatih dengan lebih baik. 


Lari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu 

Memang sukar mencari masa sesuai untuk melakukan senaman ringan apatah lagi berlari. Tapi kalau hendak, seribu daya, bukan? Jadi ketika merancang jadual mingguan, selitkan sekali jadual untuk berlari. 

Setiap kali rasa malas mengganggu hingga sukar menyarungkan kasut sukan, ulang mantra ini: “Saya berlari kerana ia mudah. Saya berlari untuk kesihatan lebih baik. Saya berlari untuk cantik”. 


Tetapkan sasaran 

Untuk kekal komited, perlukan sesuatu sebagai ganjarannya. Mungkin alasan untuk menurunkan berat badan sudah cukup memberi motivasi agar diri rajin melakukan aktiviti larian. Tidak kira apa jua sasaran, berusahalah untuk mencapainya. 


Hidratkan diri 

Tingkatkan pengambilan air kosong. Berlari bukan saja membakar kalori malah air dalam tubuh dikumuh menerusi peluh. Tidak ada salahnya minum air kosong walaupun tidak dahaga. 

Air tidak setakat menjana tenaga dan menyegarkan tubuh yang kepenatan tapi turut membuatkan minda lebih fokus dan tenang selepas bersenam.

sumber:harian metro



No comments :

Post a Comment