Friday 23 January 2015

PETUA UNTUK CEPAT HAMIL

PETUA UNTUK CEPAT HAMIL

Kehamilan adalah satu keinginan bagi setiap pasangan yang baru berkahwin. Ada yang cepat dan ada yang bertahun2 menunggu tapi masih gagal untuk hamil. Tahukah kamu untuk penjagaan makanan juga perlu dijaga bagi persediaan untuk hamil.

Elakkan untuk memakan:

1. FASTFOOD
-McD, KFC, Maggi dan seumpamanya kerana bahan-bahan digunakan kurang diyakini segar
2. JERUK
-makanan yang berasaskan cuka, terlalu masam dan disimpan lama lagi menambahkan kandungan vitamin yang kurang seimbang di dalam badan
3. KAFEIN 
- Kadar pengambilan kafien yang tinggi akan mengurangkan tahap kesuburan.  Kajian mendapati pengambilan sehari segelas minuman berkafein akan mengurangkan setengah tahap kesuburan. Jika anda sedang merancang untuk hamil, pengurangan pengambilan kafein dapat meningkatkan kadar kesuburan.
4. MINUMAN BIKARBONAT/GAS
-kandungan gula dan karbonat boleh mengakibatkan sakit perut
5. MAKANAN PROSES cth nugget dll
-ia bukan tergolong dalam makanan yang segar dan asli kerana telah dicampur dengan pelbagai perisa
6. ALKOHOL
- didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan
7. PENCUCI INTIM WANITA
-Mungkin ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang ada di pasaran sekarang. Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar dan bersih. Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'
8. MINUMAN BERAIS
– Orang dulu-dulu memang berpantang dengan ais kerana akan menyebabkan rahim longgar, berangin dan berair. Ini akan menyebabkan proses persenyawaan gagal berlaku

Memang sukar untuk elak makanan seperti di atas, walaubagaimanapun sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semoga ada hasilnya nanti.

SEMOGA BERMANFAAT!!!