Monday 10 November 2014

Minum air gula ketika hamil?

Pengalaman minum air gula ketika hamil?

Ini adalah pengalaman pertama saya minum air gula ketika hamil. Anak pertama dan kedua tak pernah pun minum air gula... then tanya nurse kenapa perlu minum air gula sedangkan anak 1 & 2 takda pun minum? Nurse jawab" ia penting atas faktor usia, selain itu kena check kandungan gula dlm darah untuk elak kencing manis semasa hamil"... seram dengar perkataan " kencing manis"... nurse tu tambah lagi " takpa jangan risau, air gula sekarang nie lebih sedap dari yang dulu..." fuhhh lega aku...hihi

Ujian MGTT saya yang pertama pada usia kandungan baru 3bulan... faham2 jelah 1st trimester memang tgh morning sickness. Sebelum turun doa banyak2 mudahan tak muntah...kalau muntah semasa minum tu ,kira kena ambil lagi...huhu!

Mujur saya dapat perisa oren...rasa dia mcm air bikarbonat yang diletak gula 1kg...manis gilerrr...tapi dapat masuk tekak. Mujur tak termuntah...

Oh ya, sebelum minum air gula nurse ambil darah dulu...

Tujuan minum air gula @ MGTT test?

Tujuan MGTT ini adalah untuk mengenalpasti kadar gula / glukosa dalam badan sama ada kurang / lebih yang mungkin mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Ia mungkin menyukarkan proses melahirkan dan mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut. Elok-elok boleh bersalin secara normal, sudahnya kena ceaserian pula. Baca sini kencing manis semasa hamil

Prosedur biasa sebelum buat MGTT ini adalah :-

1 – Ibu disarankan berpuasa bermula jam 12 tengah malam sehingga esok hari untuk ujian air gula. Kelonggaran diberikan jika ingin meminum air masak sahaja!

2 – Sebelum minum air gula, nurse akan buat ujian darah terlebih dahulu untuk sukat kadar gula dalam badan sebelum ujian.

3 – Tunggu selama 2 jam (tanpa dibenarkan makan / minum).

4 – Berjumpa nurse kembali untuk buat ujian darah semula.

*Keputusan ujian MGTT ini haruslah berada dibawah bacaan 7.8 (bacaan sukatan aku tak pasti lagi sebab kena tunggu next appoinment.mudahan tak tinggi...) bagi menandakan bahawa kandungan gula adalah OK dalam badan.

So, ibu- ibu hamil jangan takut minum air gula...demi kepentingan ibu dan bayi.

1 comment :

  1. nice entri..info menarik^_^
    do visit my blog..tq
    www.suppelmentforhealthyliving.wordpress.com

    ReplyDelete