Sunday 9 November 2014

Kawal kolesterol secara semulajadi

Apa itu kolesterol?
- lebih 6juta rakyat malaysia mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Risiko ini meningkat setiap tahun.
- kolesterol dihasilkan oleh hati secara semulajadi.
- kolesterol diperlukan untuk membina sel, menghasilkan beberapa jenis hormon, menghasilkan hempedu untuk penghadaman dan menyimpan vitamin larut lemak iaitu ADEK
- kolesterol juga boleh diperolehi melalui makanan
- ada dua jenis kolesterol: LDL (kolestrol jahat) dan HDL (kolestrol baik).
- LDL akan termendap pada dinding arteri dan membentuk plak
- amaun LDL yang tinggi akan dihantar semula ke hati oleh HDL, jika amaun HDL mencukupi.

Kolesterol yg tinggi menyebabkan:
1- saluran darah tersumbat dan menghasilkan plak. Apabila salur darah tersumbat sedikit, doctor akan buat balloning. Kalau tersumbat sepenuhnya, doctor akan buat bypass surgery.
2- serangan jantung 15.6% dan strok 11%
3- penyakit hati
4- tekanan darah tinggi
5- masalah kesuburan

LDL berlebihan akan termendap pada dinding salur arteri dan membentuk plak. Plak pada arteri menyebabkan:
1- salur darah semakin sempit dan tersumbat
2- salur arteri menjadi lemah dan menyebabkan arteri membengkak dan menonjol ke luar - pendarahan dalaman berlaku
3- plak tertanggal dari arteri serta merta dan menyebabkan salur darah menjadi sempit serta merta - strok

Faktor yang boleh meningkatkan tahap kolesterol:
1- gaya pemakanan yang tidak sihat. Dewasa yang normal memerlukan 300mg kolestrol sehari. Pesakit jantung tidak boleh melebihi 200mg kolestrol sehari.
2- stress
3- merokok
4- alkohol
5- hati yang tidak sihat

Kesan sampingan ubat-ubatan untuk turunkan kolesterol:
1- keradangan otot
2- fungsi hati dan pankreas terjejas, seterusnya meningkatkan risiko diabetes sebanyak 90%
3- melemahkan daya ingatan
4- fungsi sexual terjejas

Bagaimana cara mengawal paras Kolesterol?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan:-

1- KAWAL CARA PEMAKANAN
√ Minimalkan pengambilan makanan berlemak seperti produk tenusu, daging merah seperti daging lembu dan lain-lain. Lemak juga terdapat dalam minyak kelapa sawit atau minyak kelapa. Sebagai gantinya pilihlah minyak zaitun.
√Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
√Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati, telur dan sesetengah makanan laut.
√Banyakkan makanan berserat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan oat. Serat akan mengikat kolesterol dalam saluran usus dan menyingkirkannya dari tubuh.
√Perbanyakkan makan ikan. Lemak ikan seperti salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah) dan LDL serta dapat menaikkan tahap HDL.
√Makan kekacang. Segenggam kekacang sehari, terbukti boleh menurunkan kadar LDL atau kolesterol jahat. Kacang pistachio dikatakan antara yang terbaik untuk menurunkan kadar kolesterol.

2- BANYAKKAN BERSENAM
√Senaman ringan selama 30 minit dalam beberapa hari seminggu, boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.
√ Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL atau kolesterol baik, seterusnya menurunkan kolesterol total.

3- ELAKKAN STRES
√Stres yang tinggi boleh meningkatkan kadar kolesterol.
√Mereka yang mampu mengatasi stress mempunyai tahap HDL yang lebih tinggi.

4- BERHENTI MEROKOK
√Merokok akan mengurangkan kolesterol HDL di dalam badan kita.

5- ELAKKAN PENGAMBILAN ALKOHOL
√Alkohol akan menurunkan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

6- JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN
√Berjumpalah dengan doktor untuk memastikan tahap kolesterol sentiasa terkawal.

7- AMALKAN DIET SEIMBANG
√ Diet yang seimbang dan berkhasiat serta makan mengikut waktu, dikatakan boleh membantu mengawal paras kolesterol.

8- RAWATAN ALTERNATIF
√ Pengambilan makanan tambahan berasaskan serat juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Sekiranya anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.

Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen yang mempunyai mempunyai tidak balas dengan ubat yang anda ambil.

Pengambilan konsisten supplement Shaklee dan mengamalkan tips yang disebutkan akan membantu anda.

Items yang terkandung didalam Set Kolesterol Shaklee adalah:

1. Lecithin (180 kapsul): memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), membantu kawal paras triglycerides. Ambik 6 kapsul sehari.

2. Garlic Complex (60 biji) : membantu mengurangkan kolestrol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan melambatkan proses penuaan. Ambik sebiji sehari.

3. Omega Guard (90 kapsul) : mencegah strok, DHA dan EPA membantu untuk melincirkan saluran darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan merendahkan kolestrol. Ambik 2-3 kapsul sehari.

4. Phytocol-ST
- Plant sterols dan stanols mampu menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi
- struktur DNA plant sterol dan stanol hampir sama dengan struktur DNA kolestrol, tetapi kadar penyerapannya ke dalam saluran darah hanya 0.5%. Kadar penyerapan kolestrol adalah 50%.
- diperbuat daripada Minyak Tall - mengandungi 90% sitostanol dan 10% compestanol. Tahap fitosterol adalah sebanyak 15%.
- ambik 4biji sehari untuk 2000mg fitosterol
- 2000mg fitosterol bersamaan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato

Bagaimana untuk mendapatkan supplemen tersebut?
Hubungi saya:-
Catherine (kate) :0194836561
Fb profile: kate wynn
Email: catherine_wynn@ymail.com

"Mencegah lebih baik daripada mengubati"

No comments :

Post a Comment