Sunday 23 March 2014

Kenapa kita perlukan makanan tambahan/suplemen?

Pilihan yang kita buat hari demi hari merupakan peranan penting dalam membentuk kesihatan akan datang. kajian saintifik mengesahkan yang mengawal berat badan, makan secara seimbang dan sihat, pengambilan suplemen yang baik serta kurang terdedah kepada bahan kimia serta toksin d rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di masa hadapan. tapi adakah kita mampu berbuat demikian??? adakah kita boleh mendisplinkan diri dengan diet yang sihat? pikir2kan....


Kenapa Kita perlukan suplemen?


1.Penghadaman makanan yang tidak sempurna: Hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda.Orang yang memakai gigi palsu perlu berhati-hati dalam situasi begini.

2. Pemakanan dan peminuman: Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

3. Pengambilan alkohol: Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

4. Merokok:Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.

5. Pengambilan julap: Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.

6. Proses pemasakan: Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

7. Sakit: Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.

8. Tekanan: Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).


Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat merupakan sesuatu yang terindah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutrisi Shaklee telah membantu jutaan insan mencipta kehidupan yang lebih sihat selama lebih daripada 55 tahun. Alamilah rasa sihat kembali dengan nutrisi Shaklee. -Shaklee-

Jelas sekali pilihan saya tepat... anda pula bagaimana? Kita akan sihat dulu sebelum sakit... mencegah lebih baik daripada mengubati. 



Hubungi saya untuk konsultasi percuma

SID :996251
facebook :Kate Wynn
Email: catherine_wynn@ymail.com
Wassap : 0194836561






Wednesday 19 March 2014

Jangkitan Saluran Kencing (UTI)



Apakah Jangkitan Saluran kencing (UTI)???

Jangkitan Saluran Kencing (UTI) ialah jangkitan dimana2 bahagian sistem saluran kencing, selalunya disebabkan oleh bakteria. Bakteria biasanya akan masuk melalui uretra dan bergerak ke atas.

menahan kencing boleh meyebabkan bakteria

Tanda-tanda & simptom UTI
1. Kerap membuang air kecil sepanjang hari dan malam

2. Berasa keinginan yang kuat untuk membuang air kecil tetapi hanya beberapa titik yang keluar.
3. Rasa pedih atau sakit semasa membuang air kecil
4. Demam atau mengigil
5. Air kencing yang keruh, bewarna gelap atau berdarah dengan bau yang kuat atau tidak menyenangkan.
6. Sakit di bahagian pinggang , belakang atau rusuk.
7. Loya dan muntah



Jangkitan Saluran Kencing bahagian atas atau bawah

Anda boleh mendapat jangkitan dibahagian bawah (pundi kencing dan uretra) atau atas (buah pinggang dan ureter) saluran kencing. UTI bahagian atas berpotensi menjadi lebih serius berbanding UTI bahagian bawah disebabkan risiko kerosakan buah pinggang.

# petua paling penting untuk mencegah jangkitan saluran kencing, jangkitsn punfi kencing dan jangkitan buah pinggang adalah mengamalkan kebersihan diri. Pilihan gaya hidup sihat turut membantu mencegah UTI seperti memakan makanan yang menggalakan kesihatan saluran kencing, mengambil suplemen kesihatan dan mengelakkan tingkah laku berisiko.



Bagaimana mencegah UTI?


¤ minum sekurang2nya 2-3liter air sehari. Membuang air kecil dengan kerap akan membantu mengeluarkan bakteria.




¤ sertakan daun saderi, parsli dan buah tembikai dalam diet anda. Makanan ini merupakan diuretik semulajadi.
¤ elakkan alkohol,kafein, minuman bergas, coklat, makan diproses dan gula ringkas.
¤ kawasan genatal dan anal hendaklah sentiasa bersih dan kering. Wanita terutamanya harus mengelap dari depan ke belakang selepas membuang air kecil atau besar.
¤ wanita yang sering mengalami UTI patut menggunakan tuala wanita dan bukannya tampon.
¤ buang air kecil sebelum dan selepas bersenam atau hubungan kelamin. Kawasan genital hendaklah dicuci selepas hubungan kelamin.
¤ jangan berlengah untuk membuang air kecil. Pastikan anda membuang air kecil setiap 2 atau 3 jam.
¤ mengambil pengalkali air kencing boleh membantu mengekalkan sistem saluran kencing yang sihat dan mencegah UTI.



Tuesday 18 March 2014

Set Hepatitis B Shaklee




Hepatitis B 


Apakah Hepatitis B???


Hepatitis B (Jangkitan bengkak hati jenis B)



Hepatitis bermaksud bengkak (radang) pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis.

Hepatitis B disebabkan oleh jangkitan virus. Ia dijangkitkan daripada seorang individu kepada individu lain melalui cairan badan seperti darah, air liur, air mani atau rembesan faraj.

Sistem imun atau daya ketahanan badan seseorang itu sendiri boleh melindunginya daripada hepatitis B. Sembilan-puluh peratus daripada orang dewasa yang sihat berupaya melawan jangkitan hepatitis B dalam masa enam bulan, walaupun tanpa rawatan.

Namun begitu, kira-kira lima peratus daripada mereka yang dijangkiti hepatitis B tidak dapat melawan jangkitan dan terus membawa virus ini dalam badan mereka. Keadaan ini dipanggil hepatitis kronik atau hepatitis berterusan. Hepatitis kronik boleh merosakkan hati anda. Dalam sesetengah kes, hepatitis kronik boleh menyebabkan penyakit hati (cirrhosis), malah barah hati juga.



Punca-Punca Hepatitis B-Rawatan Hepatitis B


Virus Hepatitis B boleh merebak dengan pelbagai cara:.
- Jika pesakit menerima darah yang tercemar Virus ini akan masuk ke dalam badan pesakit melalui salur darah.
- Virus ini juga boleh di sebarkan melalui hubungan kelamin di mana ia boleh hadir di dalam air mani.
- Bagi ibu yang mengandung dan menghidap penyakit ini, virus boleh di sebarkan kepada bayi melalui dinding uri
- Jenis hepatitis B adalah amat berjangkit dan boleh, dalam kes-kes jarang, boleh merebak di kalangan ahli-ahli keluarga tanpa hubungan seks atau hubungan dengan darah yang dijangkiti kuman. Dalam kes-kes ini, virus mungkin desebarkan oleh berus gigi atau penciuman. 
Hepatitis B selalunya dijumpai pada penagih dadah, atau lelaki homoseks.


Simptom Hepatitis B


Tanda-tanda seseorang terkena jangkitan ini ialah:
- Selalu merasa mual dan muntah
- Mengalami cirit-birit
- Selera makan berkurangan
- Sering sakit kepala
- Merasa lemah dan keletihan
- Demam dan selesema.
Kita akan dapat melihat kesan daripada pemindahan virus ini pada badan penghidap seperti kulit akan kelihatan kekuningan, kencing kotor (berwarna gelap), najis keputihan dan hati mula membengkak.



Bagaimana Shaklee dapat membantu anda menjaga hati dengan kombinasi produk-produknya

1. Vivix 
Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting,
Vivix membantu memberikan perlindungan antioksidan dan melindungi dan memperbaiki selular DNA. 


2. NutriFeron

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan bg menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb. 


3. DTX Complex

Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schnizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Fungsi DTX Complex

- melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
- merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
- mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
- membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
- membantu masala kulit seperti psoriasis dan ekzema
- Membina semula sel-sel hati
- meransang pengaliran hempedu
- merawat sindrom keletihan yang kronik
- meransang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.


oleh itu, sayangi hati anda...mencegah adalah lebih baik daripada mengubati... 

Hubungi saya untuk konsultasi percuma

SID:996251
Facebook: Kate Wynn
Email: catherine_wynn@ymail.com
Wassap: 0194836561


Monday 17 March 2014

Tips untuk kurus

Ramai yang ingin kurus...tapi tak tahu caranya...tak kena pada caranya!!! nak kurus bukan bergantung kepada supplemen semata2...semuanya kena datang dengan niat yang TEKAD bukan diet yoyo... diet yoyo bermaksud --->GEMUK, KURUS, KEMBALI GEMUK!!! disini saya sharekan salah satu tips nak kurus. tips ini saya petik daripada harian Metro... moga boleh menjadi panduan kepada anda...

sharing is caring 

Berlari senaman efektif untuk kurus



Apa jua bentuk senaman yang dilakukan, ia memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh. Tidak kiralah menari, mengangkat bebanan di gimnasium, aerobik atau senaman berasaskan seni mempertahankan diri, semuanya dapat membantu menggerakkan otot tubuh dan meningkatkan kecergasan diri.
Namun apabila sasarannya untuk mengurangkan berat badan, sukar untuk menafikan kelebihan aktiviti larian dan kebanyakan wanita berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh singkat apabila mula aktif dalam senaman ini. 
Tambahan pula, berlari satu cara paling berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan kecergasan diri tanpa perlu menyekat diet harian. 

Andai yang sudah memulakannya, teruskan usaha sementara bagi yang masih ragu-ragu untuk melakukannya, satu saranan daripada pakar fisiologi senaman merangkap pensyarah di Fakulti Pusat Sukan Universiti Malaya, Dee Dee Mahmood iaitu pergi membeli-belah.

Membeli kasut sukan baru dilihat dapat mencetuskan hasrat untuk memulakan aktiviti supaya tidak timbul rasa rugi selepas membelinya.

“Kesilapan nombor satu bagi mereka yang baru hendak memulakan aktiviti larian ini ialah tidak menitikberatkan kepentingan kasut sukan yang sesuai dan hanya membeli kasut yang dilihat cantik semata-mata. 

“Apabila kasut mula mencengkam kaki, mereka mulalah berasa berat hati meneruskan larian lalu melupakan saja hasrat untuk bersenam. 

“Ada juga yang merancang untuk mula bersenam dengan aktiviti larian tapi kasut dijadikan perkara kedua,” katanya. 

Seterusnya, memilih laluan larian juga penting kerana ia bakal menentukan sama ada seseorang akan terus berlari atau sebaliknya. 

“Mulakan dulu di sekitar kawasan perumahan. Bukan tidak boleh berlari di kawasan taman popular tapi biarlah impian itu realistik kerana kita perlu tahu dulu keupayaan tubuh. 

“Apabila yakin dengan kemampuan diri, mungkin boleh cuba berlari di taman yang jarak treknya lebih panjang berbanding kawasan perumahan. 

“Lama-kelamaan tubuh akan memberi isyarat bahawa anda sudah bersedia untuk jarak yang lebih jauh dan mungkin sudah mampu menyertai maraton,” jelasnya. 


Selain itu: 

Perlahankan rentak 

Berlari dengan perlahan atau berjalan terlebih dulu amat digalakkan agar tidak memberi kejutan serta tekanan pada tubuh. Pastikan kadar larian dalam tempo sama sekurang-kurangnya tiga bulan bagi membangunkan asas larian. Rehat dan jalan perlahan-lahan apabila diperlukan. 


Ditemani rakan 

Bagi yang sudah biasa, berlari sendirian dirasakan lebih tenang tapi bagi yang baru memulakannya, sebaiknya cari seorang rakan sebagai teman larian. Berlari bersama rakan akan lebih menyemarakkan semangat dan meningkatkan usaha untuk berlatih dengan lebih baik. 


Lari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu 

Memang sukar mencari masa sesuai untuk melakukan senaman ringan apatah lagi berlari. Tapi kalau hendak, seribu daya, bukan? Jadi ketika merancang jadual mingguan, selitkan sekali jadual untuk berlari. 

Setiap kali rasa malas mengganggu hingga sukar menyarungkan kasut sukan, ulang mantra ini: “Saya berlari kerana ia mudah. Saya berlari untuk kesihatan lebih baik. Saya berlari untuk cantik”. 


Tetapkan sasaran 

Untuk kekal komited, perlukan sesuatu sebagai ganjarannya. Mungkin alasan untuk menurunkan berat badan sudah cukup memberi motivasi agar diri rajin melakukan aktiviti larian. Tidak kira apa jua sasaran, berusahalah untuk mencapainya. 


Hidratkan diri 

Tingkatkan pengambilan air kosong. Berlari bukan saja membakar kalori malah air dalam tubuh dikumuh menerusi peluh. Tidak ada salahnya minum air kosong walaupun tidak dahaga. 

Air tidak setakat menjana tenaga dan menyegarkan tubuh yang kepenatan tapi turut membuatkan minda lebih fokus dan tenang selepas bersenam.

sumber:harian metro



HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM

Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee


Cream ini adalah cream kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan cream kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk serta ruam-ruam

Dipekkan sebanyak 4oz dalam 1 botol membuatkan ianya antara cream kulit yang sangat berpatutan harganya dan yang penting berbaloi dari segi pemakaiannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan cream ini tambahan cream ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.


Kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream ini antaranya:
***********************************
1. Ruam
2. Luka kecil 
3. Calar
4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun)
5. Eczema
6. Masalah kulit Gatal 
7. Menghilangkan Parut 
8. Melembutkan Kulit Yang Kasar 
9. Elokkan pecah-pecah pada lutut siku serta tumit kaki. 
10. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak. 
11. Memecahkan Lemak / Pembuangan Angin Dengan Cara Urutan Terutama Pada Bahagian Perut 
12. Losyen Kegunaan Harian 
13. Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox


Kegunaan lain :
---------------
★Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal.
★Demam panas (disapu ke seluruh badan) setengah jam kemudian badan akan berpeluh
★Baik untuk demam campak.
★Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
★Memecahkan lemak / pembuangan angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut.



Disyorkan ibu-ibu yang bakal melahirkan atau sudah mempunyai anak untuk memasukkan produk ini di dalam barang yang perlu ada sebagai persediaan menyambut anak.Memang tahan lama kerana hanya sedikit sahaja cream yang perlu disapukan kepada ruam bayi anda.


                  



Berminat boleh hubungi saya

Facebook: Kate Wynn
Email: catherine_wynn@ymail.com
Wassap: 0194836561

Thursday 13 March 2014

CARA PENGAMBILAN ESP

Baiklah nak share sikit cara2 pengambilan ESP...


CARA MINUM ESP


INGAT JANGAN BANCUH ESP DENGAN AIR PANAS YA... 

kalau saya lebih gemar bancuh ESP dengan air suam saja...sedapp ba bancuh gitu saja... tapi tekak kita lain2 ada yang gemar bila bancuh dengan minuman kegemaran mereka: 


ESP dengan air suam: Boleh dibancuh seperti biasa dengan air suam.
ESP + fresh milk ( kotak / susu tepung). Saya pernah cuba. Memang lazat & berkrim.
ESP + yogurt bliss... sedap niee!!!
ESP + Milo
ESP + Twister Oren
ESP + Anmum
ESP + buah-buahan kegemaran dan diblend bersama.
ESP + Horlicks
ESP + Meal Shake + Performance Drink ( Set Tripple Gem). Memberikan tenaga berpanjangan terutamanya di bulan puasa. Amat bagus untuk ibu hamil dan menyusu.
ESP+ air suam

ESP+ yougurt Bliss...yummy!!!


Cadangan Sukatan & Waktu Minum
* gunakan sudu plastik
1 sudu besar ESP + air kegemaran ( 1 atau 2 kali sehari pagi dan malam)
untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan, minum ESP antara waktu makan supaya lebih kenyang.
TIPS
  • Jangan membancuh ESP dengan air panas, minuman berkafein atau bikarbonat kerana akan merosakkan nutrisi di dalam ESP
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana akan membebankan ginjal 
  • Gunakan shaker untuk mengoncang ESP untuk lebih mudah larut.
  • ESP dibancuh dengan sudu plastik untuk jaga komposisi khasiatnya.

Hubungi saya untuk tempahan:

Facebook: Kate Wynn
SID: 996251
Email: catherine_wynn@ymail.com
Wassap:0194836561

Promo march 2014... ESP!!!

salam sejahtera,

memang meletopss la bulan march nie... mandi ESP kita! HOT SELLING PRODUK -ESP SOY PROTEIN BUY 6 FREE 1... saya suka!saya suka! nak tahu apa benefit n khasiat ESP baca disini ESP ...

bulan kedua saya kenal Shaklee, saya amalkan ESP..asalnya nak ambil untuk diet... TAPI ermm! advance pulak kesannye, bukan setakat berat je turun malah kesan stretchmark masa mengandung anak sulung 5tahun lepas pun hilang... tiada lagi garis2 hodoh... macam2 dah cara untuk menghilangkan stretchmark tersebut tp itulah degil tak nak hilang... syukurlah sekarang dah hilang...ESP nie bertindak menggantikan sel2 mati kepada sel baru... badan pun rasa bertenaga sepanjang hari. kulit gebu dan halus... 

tak rugi kamuorang grab ESP nie... memang berbaloi... hubungi saya untuk harga PROMO... 






Hubungi saya:
Kate Wynn
Shaklee ID:996251
Call/Sms/Wassup:0194836561