Tuesday 2 December 2014

Suamiku Tentera...



“Suamiku tentera.”

Tak pernah terpikir akan bertemu jodoh dengan seorang tentera...dan tak pernah tahu pun apa yg bakal seorang isteri tentera harungi... hihi!

Menjadi isteri tentera memang agak mencabar... so, nak jadi isteri tentera kena sabar & kental ...pendek kata mental kena kuat...Ini kerana, tidak boleh tidak, berjauhan samada seketika atau jangkamasa yang lama adalah perkara yang mesti berlaku dalam rumahtangga seorang tentera. Bersedialah untuk suami dihantar ke negeri lain untuk bertugas berbulan-bulan, ada yang dihantar berkursus berminggu-minggu, pergi latihan di dalam hutan, latihan kawad,belum lagi yang pergi operasi berbulan2... kadang2 bila balik rumah anak2 takut sebab ayah balik kulit hitam legam hahaha!!! Well, alah bisa tegal biasa...

Apa yang boleh kamu lakukan apabila menjadi isteri tentera?

1) Jangan tinggal berjauhan (kalau boleh)
Pernah dengar pepatah " tempat seorang isteri adalah disisi suami"... hihi! Saya sendiri terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja sebab taknak berjauhan dengan suami. Nasib baik ada rumah keluarga di dalam kem so x perlu menyewa... lainlah bagi isteri yang bekerja tetap dan tidak dapat berpindah mengikut suami! Apa nak buat kan...

2) Sentiasa bersedia untuk berjauhan serta berhadapan sebarang kemungkinan...

Suka ataupun tidak, berjauhan akan sentiasa berada dalam kamus hidup kamu. Dalam sebulan tu boleh dikira berapa hari suami berada d rumah. Maka haruslah bersedia, terutama dari segi emosi apabila suami kamu dihantar bertugas di luar kawasan. Fahami tugas suami kamu dan berilah sokongan kepadanya. Teringat bila suami ditugaskan ke Lahad Datu, hanya Tuhan yg tahu apa yg kami rasa bila suami menghantar pesanan ringkas (SMS) sedang berlaku tembakan. Betapa berdebar2 hati menunggu siang menjelma ... menunggu perkhabaran suami!!!

3) Kuat fizikal dan mental

Yup...fizikal dan mental perlu kuat. Encik suami akan sentiasa tiada di rumah... so sebagai isteri tanggungjawab itu memang besar. Beruntung sekiranya kamu ada lesen memandu sendiri, so boleh ambil alih tugas suami dengan baik. Hantar serta ambil anak2 dari sekolah, beli barang keperluan, bayar bil2 tertentu... inilah pengorbanan sebagai isteri.

4) Menyertai Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT)

Apa itu BAKAT?

Kaum wanita memainkan peranan penting untuk sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki. Bak kata Melayu “Pemuda Harapan Bangsa, pemudi Tiang Negara”.Dorongan inilah yang telah melahirkan pertubuhan-pertubuhan wanita di merata dunia. Setiap pertubuhan mempunyai objektif yang sama iaitu untuk kepentingan ahli-ahli dan seluruh masyarakat. Menyedari hakikat inilah, Kelab Keluarga ditubuhkan oleh isteri-isteri anggota tentera kita di unit-unit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebagai Badan Kebajikan yang dikendalikan oleh isteri-isteri, BAKAT Darat mampu mendokong dan meyakinkan setiap peranan yang dimainkannya sebagai nadi penggerak disamping memberi perangsang terhadap perjuangan para suami. Selain itu, BAKAT Darat adalah sebagai saluran maklumat, sumber pengetahuan, pendidikan serta pembelajaran kepada ahli-ahlinya dimana dengan adanya daya penggerak tadi, BAKAT Darat dapat sama-sama mencapai maksud memerangi musuh tanpa menggunakan senjata. Perpaduan dan kerjasama erat di antara ahli-ahlinya berjaya meletakkan BAKAT Darat sebagai sebuah persatuan wanita yang disegani dan menjadi contoh kepada lain-lain pertubuhan wanita di negara ini.

Dengan menyertai BAKAT maka dapatlah mengenali satu sama lain. Disamping dapat berkongsi pendapat dan masalah atau kesukaran yang dihadapi semasa ketiadaan suami di rumah.

5)  Bersedia dengan pertanyaan anak-anak

Pertanyaan "mana daddy" adalah persoalan yang sering menyentap jiwa... amatlah penting untuk terangkan kepada anak tugasan ayah mereka. Anak2 saya pun pada mulanya sering bertanya kemana "daddy"... pada mulanya mereka seolah tidak faham...menangis , merengek, ada kalanya sampai demam... lama kelamaan mereka sudah biasa dengan tugasan ayah mereka... oleh itu, bila suami bertugas luar kawasan sentiasa berkomunikasi dan bertanya khabar ... jauh dimata dekat dihati!!!

Kelebihan menjadi isteri tentera:

1. Mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan perubatan, perumahan dan sebagainya
2. Keistimeweaan anak-anak tentera; seperti kemudahan kenderaan ke sekolah, sekolah pun dalam kem sahaja...
3. Pssst! Isteri askar ada elaun tau...hihi

Ermmm... ada lagi nak tambah??? So, yang diluar sana ...yang tengah mencari jodoh jangan takut berkahwin dengan askar... untuk isteri2 askar anda memang hebat n superb!!! Berbanggalah kamu...

Salam sayang,
Cat Woman ^_^
"Berjuang kami tanpa senjata..."

4 comments :

  1. sy bace ni..sb skg husband xde di rumah ..outstation 4hari...tringt kt die..so nk bace pnglman org lain..

    ReplyDelete
  2. sy bace ni..sb skg husband xde di rumah ..outstation 4hari...tringt kt die..so nk bace pnglman org lain..

    ReplyDelete
  3. walaupon post ni 2014, sangat berguna. terima kasih.

    ReplyDelete